
KURIKULUM

Sebanyak 9 mata pelajaran ditawarkan dI Pusat Tingkatan 6, SMK Mantin. Namun begitu, hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid. Mata pelajaran STPM yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:
Bil Kod Mata Pelajaran
1. 900 Pengajian Am
2. 944 Ekonomi
3. 910 Bahasa Melayu
4. 946 Pengajian Perniagaan
5. 954 Mathematics (T)
6. 960 Physics
7. 962 Chemistry
8. 940 Sejarah
9. 966 Seni Visual
Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan Tingkatan Enam ialah kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah (soft skills).