
Kata Alu-aluan Pengetua

Salam Sejahtera,
Kami ucapkan terima kasih atas kesudian anda melapangkan masa melayari laman
web kami. Khas buat semua yang ingin tahu dengan lebih lanjut tentang kami samada bakal
pelajar, ibu bapa atau staf, harapan kami adalah agar anda mendapat informasi yang
tepat dan bermanafaat, menerusi laman web kami.
Laman web kami merupakan medium di mana kami memperkenalkan dan
mempromosikan PT6 Mantin kepada anda sekalian. PT6 Mantin adalah pusat Tingkatan 6
Kebangsaan yang menawarkan pendidikan Tingkatan Enam yang berkualiti dan melahirkan
pelajar lulusan STPM yang berketrampilan serta mendapat pengiktirafan daripada
Universiti Tempatan dan Universiti Luar Negara. Hasrat PT6 Mantin adalah untuk
mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk pelajar
selaras dengan matlamat PPPM {2013-2025).
Pemakaian pakaian smart dan casual oleh pelajar Tingkatan 6 PT6 Mantin telah
dibenarkan mulai tahun 2014. Pada tahun yang sama PT6 Mantin telah dinobatkan dengan
Anugerah Lonjakan terbaik STPM peringkat Kebangsaan. Kecemerlangan ini diteruskan
pada 2015, di mana SMK Mantin telah menerima Anugerah Baiah 2014 atas kejayaan
melepasi sasaran dan penambahbaikan ke arah kecemerlangan sekolah PT6 Mantin
berjaya melakar sejarah dalam pencapaian akademik apabila dinobatkan sekolah Nombor
1 berturut-turut selama 3 tahun di peringkat Negeri Sembilan dalam peperiksaan STPM
2017 (GPS 3.39), 2018 (GPS 3.41) dan 2019 (GPS 3.37).
Kami sentiasa memastikan perwujudan persekitaran sokongan yang menjadikan PT6
Mantin satu jambatan penghubung yang unggul dan dinamik mengikut peredaran masa
antara atau sekolah dengan pusat pengajian tinggi atau pelantar perkerjaan. Kami
sentiasa mengalu-alukan permohonan daripada semua pelajar yang berazam dan komited
untuk belajar sepenuh masa di pusat PT6 Mantin.
Sekian, Terima kasih.
“BERILMU BERBAKTI”
PUAN SUSILA PAVADAI
PENGETUA
SMK MANTIN